Thursday, September 4, 2014

Kehidupan selepas alam persekolahan

     Assalamu'alaikum W.B.T. Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya saya muncul kembali untuk cuba mengaktifkan semula blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi cerita hidup saya selepas saya menamatkan zaman persekolahan saa di SAMURA.
     Selepas saja saya habis menjawab soalan Biologi dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2014, secara automatiknya saya sudah bergelar alumni SAMURA. Masa tu happy sangat sebab dah habis sekolah.
     Hampir dua bulan menghabiskan masa dirumah dengan hanya menonton televisyen, bercucuk tanam, beriadah dan sebagainya.
     Awal bulan Januari 2014, saya telah dipanggil untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sembrong Batu Pahat, Johor. Dengan perasaan PAKSA RELA, saya menyertai program tersebut selama 3 bulan.
     Selepas habis menamatkan program tersebut, saya menganbil keputusan untuk mencari kerja sambilan untuk menambah pengalaman hidup saya. Jadi, saya telah bekerja sebagai ABANG DM di MRSM Muar selama hampir 2 bulan. Banyak juga pengalaman yang telah saya dapat. Paling seronok adalah apabila saya dapat gaji pertama saya.
     Selepas hampir 2 bulan saya bekerja, saya dipanggil untuk menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pasir Gudang. Saya ditawarkan untuk mengambil course Mechanical Engineering. Dengan perasaan gembira saya menerima tawaran ini bak kata pepatah orang mengantuk disorongkan bantal. Saya memang berminat dengan kursus yg ditawarkan. Ini kerana saya berminat pada enjin. 
     Alhamdulillah, selama saya berada disini, saya berasa gembira dan tidaklah rasa rugi mendaftarkan diri disini walaupun kampus ini baru sahaja siap dan lokasinya berada di dalam hutan.

No comments:

Post a Comment